Wednesday, October 20, 2010

final exam, spm, dan mcm2 lagi


skang nie musim exam. ade yg nk amik spm, ade yg nak final exam. dah rase dah cuak die. jom study ramai2! =))

Thursday, October 14, 2010

serabot!

petang nie aku xwat pape pon. asik on9 je. pas2 sebok post kat blog. aku rase arini la plg byk aku post. xdek nk wat ape. org sume p amik test hbu tp aku mlangot je kat bilik. layaaan wehh.. hahha mcm2 aku pk. ape nk mkn mlam nie, bler nk mrase duit mara, bler nak cuti sem n nak mandi ke xnak petang nie?

saksi kan memek2 muke yg menghiburkan ini. hahah
slamat menonton =))






Majlis Amanah Rakyat

permohonan MARA aku dah lulus. yahooo!!
tp duit blom dpt duit lagi. maybe lagi brape hari nak cuti sem t baru die bagi. aku dah brangan2 dah nak shoping ape ngan duit 2 t. hee..
1. aku nak wat lesen kereta
2. beli gitar baru sebijik
3. masuk kan sikit dalam asb
4. kasi mak abah sikit
5. cadang nak pegi kelantan cuti sem ni. g ngan membe2
6. pegi holiday ngn keluarga. cherating kot
7. dan bnyak lagi =))

nie borang2 last yg aku kene setel kan sblom dapat duit 2. fuhh bleh tahan banyak~~



jalan2 cari makan

Sabtu
9 Oct. 2010
Wangsa Maju
Naik kereta Atan
Aku, Zack, Baby, Atan
mood sebelum: lapar
mood selepas: kembong perot

kereta kancil milik atan

nasi putih, tomyam, telur dadar, ayam masak halia, abc (sesudah dikekah)

rasydan(baby)

zakuan(zack) and hasbullah(atan)

adjust dewan ikb

nie kitorg kemas dewan ikb untuk majlis hari raya ape tah
saje nk kumpol2 merit
bdak2 diploma semua sebok kawad tp aku join dak2 precom kemas dewan. hahah

 

 


nur aina sofiya

 



Wednesday, October 13, 2010

red giant vs red warrior

Selasa
12 Oct 2010
Std. Shah Alam
Suku Akhir 1st
0-0



 

viva selangor!



filem hindustan feveret aku. hahah

1. Mann 
 
 2. Dil To Pagal Hai

3. Kuch Kuch Hota Hai

4. Kabhi Khushi Kabhie Gham

5. Taal

6. Dilwale Dulhania Le Jayenge

7. Pardes

8. Har Dil Jo Pyar Karega

9. Baadshah

10. Duplicate

11. Mohabbatein

12. Hello Brother


Sunday, October 10, 2010

review mggu ini - ACAB




Peneraju utama band ini adalah Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan band ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan ia kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajukkan nama band itu sendiri yang mana memuatkan tujuh buah lagu seperti Unfairground, City Girl, A.C.A.B. dan Fight For Your Right. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri-Bovver Brigade Records. Seperti yang diduga dari awal, demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Kejayaan ini sudah tentu tidak disia-siakan. Tibalah masa untuk band ini berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah gig pertama mereka. Namun siapa menduga hampir kesemua pembeli demo A.C.A.B. turun menyaksikan persembahan di sana, termasuklah crowd yang diimport khas dari Kuala Lumpur. 

Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai 'Godfather Of Skinhead/Oi!'. mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Gig demi gig dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi. 

Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong hingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, scene ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi. 

Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP pertama mereka yang berjudul UNITE & FIGHT. Beberapa insiden berlaku ketika EP ini dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, EP ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari MAgskin, Eddie, Sham dan anggota baru di posisi drum iaitu Zul. UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan, malah juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa, aktiviti 'gigging' diteruskan selepas itu. Tetapi tidak lama kemudian kegiatan band ini terpaksa dihentikan but sementara waktu kerana masalah yang melanda. 

Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan meninggalkan A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai penyanyi dan gitaris. Ketika A.C.A.B. hampir roboh, mereka masih sempat merakamkan LP Eastern Oi! dan single We Are The Skins. Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu, terpaksala mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya manakala Eastern Oi! menemui peminat pada tahun 1999. Dari kedua-dua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menemui target mereka, di mana ianya terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. 

Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.Ketika ini, tinggal lah Magskin sendiri yang masih setia mencari jalan penyudah untuk berdiri megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu "RINTANGAN HIDUP DUNIA" yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSY BLADE. Selain gitar dan vokal, posisi lain dikendalikan oleh sessionist yang dilantik. 

Ketika ini, pertanyaan peminat terus bertali arus. Penganjur gig juga tidak putus-putus bertanyakan bila A.C.A.B. akan kembali ke pentas gig. Dengan semangat yang berkobar-kobar, sahutan itu telah terbalas akhirnya. Masa yang amat dinantikan oleh Magskin sendiri telah tiba apabila Anas dan Zul sama-sama berminat untuk kembali menyemarakkan bahang A.C.A.B. Nama band ini terus dijulang dan kembali menguasai gig dan konsert di serata negara. Mereka bukan sahaja dikagumi tentera skinhead, malah pengikut lain juga turut sama dalam gig-gig yang melibatkan kemunculan A.C.A.B. 

Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ianya menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit. 

Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band SKAnya iaitu, GERHANA SKA CINTA. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi! 

Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang terjual lebih 10000 unit di pasaran. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut persedaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat. 

Dalam tahun 2002 ini, mereka telah menghasilkan sebuah album tribute kepada lagenda rock tanahair SYJ iaitu 'Orang Timur'. Album ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pendengar khususnya peminat A.C.A.B. yang menantikan kemunculan album ini."

yg lepas bia lepas

oke. day by day i try to accept it. and im okay now. thanx for all =))